Friday 2 February 2018

Kesian Husam Musa Makin Hari Makin Tak Sihat Cakap Pun Makin Merapu...


Parti Amanah Negara (PAN) tidak perlu bersusah payah menjatuhkan kerajaan PAS Kelantan kerana ia akan jatuh dengan sendiri, kata Naib Presiden AMANAH Datuk Husam Musa dalam berita Malaysiakini akhbar pro-pembangkang yang selalu menyerang PAS.


Apabila wartawan tanya berkenaan ada hubungan UMNO-AMANAH (PAN) dalam menjatuhkan PAS Kelantan, Husam berdalih dan cuba lari daripada menjawab ya atau tidak.

Husam yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Kelantan berkata demikian mengulas kenyataan Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang mendakwa wujud kerjasama antara Umno dan AMANAH untuk menjatuhkan kerajaan PAS di negeri itu.


"Saya nak jawab Nik Amar yang kata AMANAH nak jatuhkan kerajaan PAS di Kelantan.

"Saya sudah beratus kali sebut, PAS Kelantan ini kita tidak payah jatuhkan kerana ia akan jatuh dengan sendiri..dengan masalah air yang tak selesai, masalah pembangunan dia nak perlahankan.

"Kalau kerajaan PAS jatuh, itu sudah natural, bila rakyat tolak dan bukan sekali ini kerajaan PAS Kelantan (pernah) jatuh," katanya lapor Sinar Harian ketika berucap merasmikan pelancaran Jentera Pilihanraya Harapan Tanah Merah, malam tadi.


Sampai akhir Husam tak menjawab soalan kerjasama UMNO dengan AMANAH untuk jatuhkan PAS Kelantan. Yang dijawab PAS Kelantan akan jatuh sendiri.

Bila ditanya tak perlu susuah payah menjatuhkan PAS Kelantan, kenapa Husam pagi ceramah di Warung kopi, Tengah hari di Balaisah, Petang di padang bola dan malam pula ceramah umum menyerang PAS. Tidak itu suatu usaha sangat gigih nak jatuhkan kerajaan PAS Kelantan yang diasaskan oleh Tok Guru Nik Abdul Aziz? Tiap-tiap hari termasuk hari Jumaat?

Husam tak menjawab...
Membisu dan 'koner leper' isu lain...


XOXO - Jika ahli PAN ada akal dan meneliti setiap isu apa yang Husam bawa di Negeri Kelantan, sama seperti Mahathir kutuk Najib sedangkan dia pada masa berkuasa tak buat pun. Itu sebiji macam Husam musa dia jadi exco berpuluh tahun apa dia buat??

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

No comments:

Post a Comment