Pegawai Penerangan Pejabat Ketua Menteri
Pulau Pinang Wan Ji Wan Hussin menggesa jabatan agama Islam atau jabatan
mufti memandang serius istilah 'anti-Islam' yang dilontarkan apabila
berlaku percanggahan pendapat.
Menurut Wan Ji, pendekatan melabel seseorang yang mempunyai perbezaan pandangan atau pendekatan sebagai anti-Islam menyerupai amalan kumpulan pengganas IS.
Wan Ji juga mendakwa istilah anti-Islam semakin digunakan dalam politik di Malaysia dan ia sering ditujukan kepada Parti Amanah Negara (AMANAH) dan DAP.
"Perbezaan pandangan atau pendekatan dalam perkara yang melibatkan Islam tidak boleh sekali-kali menuduh kalangan yang berbeza itu sebagai anti-Islam.
"Contohnya kritikan terhadap pengurusan Tabung Haji, tidak bermakna mengkritik ibadat haji. Begitu juga apabila tidak bersetuju dengan pendekatan dilakukan oleh golongan yang menggunakan label Islam seperti PAS, tidak boleh dianggap sebagai anti-Islam.
"Pendekatan IS ini tidak wajar berlaku dalam negara kita, Malaysia. Malahan institusi Islam ataupun mufti dalam negara wajar melihat perkara ini dengan serius dan berusaha untuk membenterasnya." katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam kenyataannya, Wan Ji turut mengambil contoh perkara yang berlaku pada ulama terkemuka dunia Dr Yusuf al-Qaradawi serta Dr Ahmad al-Raysuni dan peristiwa yang berlaku di Syria dan Iraq.
Katanya, kedua-dua mereka turut dituduh anti-Islam oleh IS kerana mengkritik amalan kumpulan bersenjata itu.
"Dari sudut modus operandi, sebelum IS mengisytiharkan kalangan yang berbeza dengan mereka boleh diperangi dan halal darahnya, selalunya mereka akan menuduh kalangan yang berbeza dengan mereka sebagai anti-Islam atau musuh Islam.
"Di Syria dan Iraq, apabila pendekatan (kumpulan) Jabhah al-Nusrah berbeza dengan IS, walaupun Jabhah al-Nusrah itu dari kalangan Muslim, mereka telah dituduh oleh IS sebagai anti-Islam. Lebih sadis, selepas itu IS menghalalkan darah kalangan Jabhah al-Nusrah," kata Wan Ji lagi.

No comments:
Post a Comment