Monday, 12 March 2018

Dia ni mesti makan dedak UMNO atau nak UG...



Berbanding Pilihan Raya Umum 2013, pengaruh BN kini bertambah baik dalam media sosial namun pembangkang gagal menaikkan tahap sokongan dalam talian seperti sebelum ini, kata seorang penyelidik hari ini.


Pengarah Institut Malaysia Universiti Kebangsaan Australia, Dr. Ross Tapsell berkata BN sedang melakukan tugas lebih "komprehensif" untuk menyampaikan mesejnya di kalangan pengguna dalam talian.

"BN, saya fikir mereka melakukan kerja yang jauh lebih profesional, komprehensif dalam kerja-kerja berkaitan di media baru daripada yang mereka lakukan pada tahun 2013," kata Tapsell semasa bercakap dalam forum "Media dan politik baru di Asia Tenggara" di Universiti Sunway di Petaling Jaya hari ini.

Perdana menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini mengakui BN tewas dalam "perang siber" terhadap pembangkang dalam pilihan raya sebelum ini termasuk pada tahun 2008 yang digelar sebagai "pilihan raya media sosial pertama" negara.

Ini berikutan media baru terbukti menjadi faktor penting dalam keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 dan 2013.

PRU13 menyaksikan BN membentuk kerajaan tetapi tanpa majoriti dua pertiga di Parlimen buat pertama kalinya pada tahun 2008 sejak kemerdekaan Malaysia.

Tapsell, yang bidang penyelidikannya tertumpu kepada penggunaan media digital di Asia Tenggara berkata BN telah belajar daripada kesilapannya dan kini mengiktiraf kepentingan media sosial untuk kempen politik mereka.

"Pada tahun 2013 mereka masih tidak yakin apa yang mereka lakukan dalam kempen media baru, (tetapi) sekarang mereka tahu apa yang mereka lakukan, dan saya fikir mereka melakukannya dengan baik.

"Anda melihat bagaimana beberapa pemimpin BN, seperti Tun Faisal Ismail Aziz dan (Datuk Seri) Annuar Musa, semuanya sangat vokal (dalam talian).

"Saya rasa mereka sedar pentingnya media sosial," katanya.


XOXO - Kalau ada yang memberikan pendapat menyebelahi kerajaan maka cara berfikir pengikut HARAPAN makan dedak atau UG. Mentaliti ini akan menjadikan HARAPAN mundur kolot dan bodoh dalam politik Malaysia.....

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

No comments:

Post a Comment