Wednesday, 28 February 2018

Bila Pula Wan Saiful masih Ahli PAS? Nak bodohkan pembaca ke?



Penganalisis politik Wan Saiful Wan Jan, yang baru-baru ini melepaskan jawatan di Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), menyertai PPBM.

Berdasarkan jemputan sidang media parti itu, ahli PAS seumur hidup mengikut berita psywar HARAPAN itu akan dialu-alukan secara rasmi sebagai ahli PPBM Khamis ini.


Wan Saiful, yang mengasaskan Ideas, sebelum ini enggan mengesahkan spekulasi mengenai langkah menceburi politik kepartian.

“Tetapi saya melihat langkah seterusnya sebagai langkah yang perlu saya ambil sekarang atau saya akan menyesal selama-lamanya,” katanya.

“Sekarang masa untuk mengambil risiko yang sama sekali lagi, untuk membawa keghairahan yang sama kepada penonton yang lebih luas.”

Ideas dirasmikan pada 2010 dan merupakan idea asal Wan Saiful bersama dengan putera Negeri Sembilan, Tunku Zain Al-‘Abidin Tuanku Muhriz dan Wan Mohd Firdaus Wan Mohd Fuaad.

Orang mungkin tak kenal siapa Wan Saiful.


Wan Saiful dalah pembela Sister in islam walaupun dia tahu kumpulan ini merosakkan pemikiran rakyat dengan menghalalkan perkara yang diharamkan oleh Allah swt dan mengharamkan perkara yang dihalalkan oleh Allah swt serta mereka menyebarkan dakyah-dakyah songsang dalam fitrah kehidupan manusia. Oleh itu menjadi tanggungjawab kepada umat Islam memberi peringatan kepada seluruh manusia tentang bahaya sister in islam ini.Dia terlibat dengan PAS pada tahun 1992 dan menyertai (PAS) sebagai "ahli seumur hidup" (sekarang ahli sepanjang hayat) pada 1997.

Wan Saiful menjadi ahli PAS di UK. Semasa di UK dia terpecat dari PAS secara sendirinya kerana  menyertai Parti Konservatif UK. Dia juga bertanding dalam pilihan raya tempatan Inggeris pada tahun 2007.

Takkan orang cerdik dan hebat macam Wan Saiful "BODOH" dengan perlembagaan PAS?? Perlembanggan Malaysia pun Wan Saiful bahas dan tentang. Misalnya dia antara yang lantang menyerang Perkara 153 dalam perlembangaan. Dia nak mansuh perkara 153 ini yang memberikan keistimewaan kedudukan orang Melayu.

Sepatutnya Wan Saiful masuk DAP bukan Bersatu.

XOXO - Nampak sangat pemberitaan di akhbar pro pembangkang cuba merosakkan Imej PAS dengan mengaitkan Wan Saiful yang dah lebih 20 tahun meninggalkan PAS.

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

1 comment: