Saturday, 5 August 2017

Mampukah Gagasan Beri Kemenangan?


UMUM mengetahui PAS telah membentuk satu pakatan yang dikenali sebagai Gagasan Sejahtera (Gagasan). Gagasan merupakan sebuah gabungan politik tidak rasmi parti-parti pembangkang di Malaysia.

Pada awalnya, PAS dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) telah menyatakan beberapa persetujuan dalam kerjasama politik yang dinamakan sebagai GAGASAN SEJAHTERA. Kemudian diikuti dengan BERJAYA. Ada 2 parti lagi yang masih menanti iaitu Parti Cinta Malaysia (PCM) masih belum secara rasmi meneyrtai GAGASAN SEJAHTERA. Begitu juga Parti Harapan Malaysia (HARAPAN) juga ingin bersama Gagasan Sejahtera tetapi masih belum diluluskan oleh ROS.

Pada PRU 1999, 2004, 2008 dan 2013 pula, sokongan kepada PAS tidak dinafikan banyak dibantu oleh rakan-rakan parti dalam Pakatan Rakyat PKR dan DAP terutamanya di Pantai Barat.

Persoalan kini, apakah PAS mampu secara bersendirian mempertahankan kekuatannya yang dilihat ketika bergabung dengan DAP, PKR dan pada masa dahulu dengan Semangat 46?

Adalah Gagasan Sejahtera ini akan menjadi 3 intiti pada PRU-14 nanti selain HAR^PAN dan BARISAN NASIONAL, kita tunggu dan lihat...



1 comment:

  1. Entah lahh belalang,, bapak Pom tak tahu,, teirngat crita P.Ramli

    ReplyDelete