Sunday 18 March 2018

Patutlah PKR boleh berbaik semula dengan Mahathir, Perangai PKR sebiji Macam UMNO dan Mahathir



Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehen Mukhyi mempertahankan tindakannya menghantar surat kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah.


Pada 12 Mac lalu, Sallehen menghantar surat kepada Sultan Selangor berhubung isu ADUN PAS didakwa dinafikan peruntukan kawasan mereka selama dua bulan.

Menurut Sallehen, tindakannya itu bukan untuk menghina sebaliknya hanya mengadu dan memaklumkan perkara yang sebenar kepada baginda berhubung kejadian yang menimpa tiga ADUN daripada parti Islam berkenaan.

"Kita hantar surat sekadar untuk memaklumkan pada tuanku apa yang berlaku kerana tuanku ialah payung keadilan kepada rakyat.



 "Pada siapa lagi kita nak mengadu dan cerita yang betul apa yang berlaku, kerana sebelum ini apa yang dikatakan sangat tak tepat," katanya ketika berucap pada majlis sambutan 10 tahun PAS dalam pemerintahan kerajaan negeri Selangor di Shah Alam, malam tadi.


Semalam, Malaysiakini melaporkan, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali membidas tindakan Sallehen itu dengan mendakwa tindakan mengheret istana Selangor dalam isu peruntukan dengan kerajaan negeri merupakan penghinaan kepada institusi diraja itu.

Sehubungan itu, Sallehen yang juga ADUN Sabak berkata pihaknya tidak akan merayu kepada kerajaan negeri untuk mendapatkan peruntukan itu kembali.

"Sebenarnya niat dia memang tak nak beri peruntukan pada kita dan PAS juga tidak akan merayu. Nak beri, beri. Duit bukan boleh jinak hati manusia. Kita bergantung pada Allah," katanya lagi.

Selain itu, beliau mengulas mengenai penganjuran Karnival Himpunan Rakyat di Stadium Melawati semalam dan berkata tindakan kerajaan negeri mengadakan program tersebut dengan tidak menjemput exco daripada PAS dianggap sebagai menghina.

Soal program parti guna duit kerajaan


Malah, beliau juga mempersoalkan program karnival itu yang menggunakan duit kerajaan negeri sedangkan ia merupakan sebuah program parti.

"Program ini memerlukan kelulusan bajet dari kerajaan negeri. Program pendek, tapi mohon peruntukan besar termasuk minta semua exco luluskan bajet ini tapi tak libatkan exco kita (PAS).

"Diangkutnya orang lain untuk berucap mengenai kejayaan Selangor. Dengan dinafikan exco kita untuk berucap, kita katakan ini penghinaan pada exco kita begitu juga membeku peruntukan pada ADUN PAS, ini juga penghinaan," katanya lagi.

Semalam, kerajaan negeri menganjurkan Karnival Himpunan Rakyat sempena sambutan 10 tahun pentadbiran Pakatan Rakyat yang bertukar menjadi Pakatan Harapan di Selangor. Karnival itu difahamkan tidak mendapat sambutan tak pernuh stadium pun.




XOXO - PKR dan BERSATU sama-sama datang daripada usus UMNO, akhirnya kepada UMNO jua kembali...

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

No comments:

Post a Comment

Blog Archive