Sunday 18 March 2018

Apa Sebenarnya Permainan DAP dan MCA?


Sekali lagi pertanyaan mengenai kecenderungan politik akhbar The Star timbul bila membaca rencana-rencana politik tulisan wartawan-wartawan kanan akhbar The Star hari ini.


Di dalam tulisan bertajuk “GE14 – the curveball’s domain”, Ketua Pegawai Eksekutif The Star, Datuk Wong Chun Wai, sendiri menulis, “Terdapat banyak sebab untuk percaya DAP akan terus menjadi dominan” (“There’s every reason to believe the DAP will continue to be dominant”).

Di dalam tulisan bertajuk “Not feeling the mood yet” pula, Joceline Tan menulis, “majoriti pengundi Cina tetap akan menyokong DAP tanpa mengira Dr Mahathir ada di atas atau tidak” (“the majority of Chinese voters seem set on supporting DAP with or without Dr Mahathir up there”).

Baru saja tiga hari lalu, 15 Mac, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menyatakan bahawa beliau “yakin yang dengan izin Allah, perubahan besar akan berlaku di Pulau Pinang” kerana apa yang BN lakukan lebih baik daripada apa yang telah dibuat oleh DAP.

Dengan pelbagai isu urus tadbir yang melanda Kerajaan Pulau Pinang, termasuk isu rasuah Lim Guan Eng sendiri, selain pelbagai isu urus tadbir yang melanda DAP sebagai sebuah parti politik, termasuk begitu ramai sekali wakil rakyat dan pemimpin lainnya keluar dari DAP, apakah tidak mungkin prestasi DAP akan terjejas teruk di dalam PRU 14?

Sangat pelik bila The Star, akhbar MCA, terus-terusan mencanangkan mengenai kekuatan DAP, apatah lagi bila pemimpin DAP, Liew Chin Tong, sendiri pernah mendedahkan bahawa tahap sokongan pengundi Cina kepada DAP sebenarnya telah menurun dari 85% di dalam PRU 14 menjadi 65% sahaja sekarang. Apakah The Star ini lebih DAP dari DAP?

FB
Kamarul Yusoff


XOXO - Dalam politik orang Melayu selalu bodoh, begaduh sesama sendiri sehingga membodohkan diri, tapi kini PAS dibawah Presidennya membawa politik matang sejahtera yang mana memberikan Melayu berfikiran waras bahawa dendam politik tidak boleh mengatasi Islam. Ini puak HARAPAN tak setuju dan PAN keluar PAS..

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

No comments:

Post a Comment

Blog Archive