Monday 19 March 2018

Kenapa tak letak Calon MB Kelantan daripada DAP? DAP pun nak Islam juga!


Faizal Ghazali menulis dalam Mkini; walaupun Pakatan Harapan (HARAPAN) Kelantan belum mengetengahkan siapa bakal calon menteri besar mereka sekiranya berjaya memerintah selepas pilihan raya umum (PRU) ke-14 nanti, cakap-cakap mengenainya tetap dapat didengari di sana sini.

Faizal menulis; Ketika tarikh PRU ke-14 semakin hampir Malaysiakini cuba meninjau beberapa nama yang disebut-sebut kemungkinan diangkat untuk menjadi ketua kerajaan di Kelantan nanti.
Parti Amanah Negara (AMANAH) mengetuai HARAPAN Kelantan dan parti itu juga mendapat paling banyak kerusi dewan undangan negeri (DUN) sesuai dengan keadaan semasa di negeri berkenaan.

Dengan faktor itu mengikut amalan lazim tokoh AMANAH adalah calon paling berpotensi untuk dikedepankan mengisi jawatan menteri besar.

Jika sebelum ini Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor, Husam Musa dilihat sebagai tokoh paling sesuai menduduki kerusi itu, namun kebarangkalian itu mengendur susulan penarikan pingat oleh Istana Kelantan baru-baru ini.

Selain itu, AMANAH Kelantan juga dikatakan mahu mengangkat anak kedua Nik Abdul Aziz, iaitu Nik Omar sebagai penerus legasi ayahnya.Bagaimanapun, hasrat itu dilihat sukar menjadi kenyataan susulan Nik Omar tidak mberminat untuk menyertai AMANAH dan tidak mendapat restu daripada bondanya yang khuatir berlaku perpecahan dalam keluarga.

Menurut satu puak lagi dalam AMANAH, bagi AMANAH Kelantan tokoh yang mungkin menjadi pertimbangan mereka Prof Datuk Dr Abdul Halim Yusof dan Hisham Fauzi.

Dr Abdul Halim ialah naib pengerusi AMANAH Kelantan merangkap pengerusi HARAPAN Kubang Kerian. Walaupun namanya tidak sebesar Husam, dia tetap mempunyai pengaruh tersendiri.

Namun, ada puak lain di kalangan AMANAH sendiri kurang senang dengan pertimbangan itu susulan Dr Abdul Halim sebelum ini aktif dengan Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM).

Ada satu lagi puak mahu pengerusi Jawatankuasa Undang-undang HARAPAN Kelantan disebut susulan pengalaman beliau dalam politik.

Bekas penasihat undang-undang PAS Kelantan itu kini menjadi penyelaras HARAPAN DUN Bukit Panau. Dia dilihat seorang aktivis undang-undang berwibawa dan berpengalaman luas dalam politik Kelantan.

Sementara itu, bagi PKR Kelantan pula mereka memberi gambaran bahawa pengerusinya, Ab Kadir Ab Aziz sebagai calon berwibawa untuk menerajui kerajaan di bawah kerajaan baru negeri Cik Siti Wan kembang itu.

Parti Primbumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Kelantan pula, dua tokoh tempatan mereka dilihat mempunyai potensi untuk jawatan menteri besar.

Kedua-kedua mereka ialah Pengerusi BERSATU Kelantan, Datuk Kamaruddin Mohd Nor dan timbalannya, Datuk Sazmi Miah.

LETIH DENGAN PUAK-PUAK NI,
BELUM APA-APA LAGI DAH BEREBUT NAK JADI MB KELANTAN.
MANA MENEFESTO MEMBELA RAKYAT??

RASA BAIK LETAK DAP MENJADI MB KELANTAN, DAP PUN ISLAM JUGA





XOXO - Belum bertanding dah berebut siapa nak jadi MB, selepas menang nanti ada yang kena kapak siam!...

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

No comments:

Post a Comment

Blog Archive