Sunday 18 March 2018

Adakah Rais Yatim Akan Jilat Ludah juga macam Mahathir?



Ada cerita kononnya Tan Sri Rais Yatim akan meyertai parti bersatu. Sebaran ini kuat dikalangan pimpinan Bersatu. Tak tahu sama ada ini psywar untuk menarik sokongan kepada Bersatu atau tidak. Dr Kamarul Yusoff ada membuat komen perkara ini.



Melihat kepada beberapa kenyataan yang pernah dibuat oleh Tan Sri Rais Yatim dua tahun kebelakangan ini yang agak kritikal terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad dan PPBM, adalah agak tidak mungkin untuk beliau menyertai PPBM yang diketuai oleh Tun Dr Mahathir selaku Pengerusinya.

Pada 5 Mac 2016 umpamanya, Tan Sri Rais direkodkan sebagai berkata tindakan Tun Dr Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri adalah lebih teruk daripada tindakan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri, cuma beliau “tak nak buka rekod itu kerana tak nak aibkan (Tun Dr Mahathir)”.

Pada 28 Mac 2016 pula, Tan Sri Rais direkodkan sebagai berkata perjuangan Tun Dr Mahathir kini bukan lagi perjuangan untuk orang Melayu, sebaliknya perjuangan peribadi yang “ada kaitan dengan rentetan peristiwa yang membawa kepada (pemecatan) Datuk Seri Mukhriz di Kedah”.


Pada 27 Februari 2017, Tan Sri Rais direkodkan sebagai membidas Tun Dr Mahathir kerana kini bersekongkol dengan DAP sedangkan waktu S46 dan DAP berpakat dahulu Tun Dr Mahathir yang meminta beliau “jangan bersekongkol dengan DAP kerana (Lim) Kit Siang anti-Melayu dan Islam”.


Pada 6 Februari 2018, Tan Sri Rais direkodkan sebagai berkata beliau “tak fikir DAP kuat tapi kalau ditolong oleh orang Melayu, berkemungkinan besar politik Melayu akan hancur” dan “kalau Dr Mahathir di pihak sana (Pakatan Harapan) bawa fikiran DAP, Melayu akan jahanam”.


Tambah Tan Sri Rais, PPBM “tidak ada peta Melayu”, “peta PPBM adalah sosialis, tidak nampak menjuarakan orang Melayu dan Raja-Raja Melayu, hanya diutamakan perjuangan nak jatuhkan Datuk Seri Najib” dan “PPBM ini tak pernah jawab pun soalan ke mana Melayu nak dibawa mereka”.


Apa pun, politik adalah seni yang memungkinkan segala-galanya. Kita telah saksikan sendiri berapa ramai tokoh politik Malaysia yang telah menjilat balik kata-kata sendiri sebelum ini untuk mencapai matlamat dan kepentingan mereka. Sama-samalah kita tunggu perkembangan selanjutnya.

XOXO - Jilat banyak mana pun puak otai Reformasi percaya anda. Mereka pun jual perjuangan kerana terbayang Putra jaya...

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

No comments:

Post a Comment

Blog Archive