Showing posts with label Kenyataan Media. Show all posts
Showing posts with label Kenyataan Media. Show all posts

Wednesday, 31 January 2018

Solat Sunat Khusuf (Gerhana Bulan)


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

‘Khusuf‘ (الخُسُوفِ) dari segi bahasa bermaksud terlindungnya cahaya bulan, samada terlindungnya itu hanya sebahagian atau keseluruhannya. Hukum melakukan ‘Solat Gerhana Bulan’ atau dikenali juga dengan nama ‘Solat Sunat Khusuf’ adalah ‘sunat muakkad’ bagi muslimin dan muslimat. Ia boleh ditunaikan sama ada secara berjamaah atau bersendirian dan waktunya bermula ketika sedang berlakunya bulan gerhana sehingga selesai gerhana tersebut. Sekiranya gerhana berlaku ketika atau selepas terbenam matahari, maka tidak adalah solat gerhana.
.

Sunday, 6 August 2017

Perkembangan Positif Kes Saman Sarawak Report Di London


Pada Rabu 2 Ogos 2017, pasukan peguam dari firma Carter-Ruck dan barrister Jacob Dean, yang mewakili Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (TGHA) dalam saman fitnah yang diambil terhadap Clare Rewcastle Brown (CRB), di London Courts, telah menghadiri prosiding mahkamah untuk pendengaran prosiding pengurusan kes.