Tuesday, 8 May 2018

Jika PH Menang, Mari Kita Fikir...


Jom baca dan faham betul-betul...
rekreasi minda

(1). Untuk membentuk kerajaan di peringkat persekutuan, jumlah kerusi yang perlu dimenangi adalah 112 dan ke atas. Iaitu majoriti mudah. Agaknya bagaimana pencapaian yang bakal diperolehi oleh Pakatan Harapan?

Jika PKR menguasai 40 kerusi, AMANAH 20 kerusi, PPBM 15 & DAP 43, ini bermakna mereka menguasai 118 kerusi dan layak mengusai kerajaan. Parti manakah yang dominan dalam Pakatan? Sudah tentu DAP. Apakah jawatan yang selayaknya diberikan kepada DAP?

Adakah sebagai PM? TPM pasti dan tentunya salah satu Jawatan yang bakal diberikan kepada wakil dari DAP adalah sebagai Speaker Dewan Rakyat. Kenapa jawatan Speaker? Kerana kuasa Speaker yang menentukan apa usul & soalan yang bakal dibawa dalam persidangan dewan.

(2). Realiti yang berlaku di Dewan Undangan Negeri Selangor sebagai contoh. Pasca PRU 13, DAP menang 15, PAS 15 & PKR 14. Dengan sokongan PAS, jawatan MB diberikan pada PKR. Namun jawatan Speaker milik DAP. Kerana itu sebarang usul berkaitan hal ehwal islam tidak pernah dibenarkan untuk dibahaskan dalam dewan undangan negeri. Siapa yang kuasai kerajaan negeri?

Tentulah DAP. Di Pulau Pinang usah diceritalah, DAP menguasai sepenuh malah hal ehwal agama islam pun mereka campurtangan. Umat melayu perlu sedar bahawa pada PRU yang lepas DAP mendapat sokongan padu orang cina sehinga 90%.

Jika trend sokongan itu meningkat bermakna DAP mampu untuk menang sekitar 45-55 kerusi parlimen. Dengan andaian parti-parti lain seperti PAS, PKR, PAN & PPBM boleh menang dengan tidak melebihi 30 kerusi, maka pastinya kerajaan yang akan dibentuk adalah kerajaan yang dominan dari DAP.

Kemungkinan yang bakal berlaku ialah:
.
(1). Jawatan TPM diterajui oleh DAP
.
(2). Wakil rakyat DAP akan lebih ramai dilantik sebagai Menteri dan menguasai portfolio penting seperti Menteri Kewangan, Menteri Pelajaran, Menteri Pengajian Tinggi, MITI, KPDNKK dan sebagainya.
.
(3). Speaker dewan rakyat milik DAP
.
(4). Sebahagian besar Ahli Dewan Negara juga dari kalangan DAP
.
(5). CEO & Pengarah di GLC juga dari kalangan DAP
.
Begitulah maksud DAP menguasai kerajaan Pusat. PM walaupun orang melayu, namun nasibnya sebagai puppet sebagaimana MB Perak (Nizar) suatu ketika dulu dan MB Sgor kini yang langsung tiada agenda Islam & Melayu.
.
Bersediakah orang Melayu menerima hakikat itu?

JADI UNDILAH PAS & GAGASAN SEJAHTERA DEMI ISLAM & MELAYU



XOXO - Melayu Islam lagi mudah lupa...

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

No comments:

Post a Comment