Friday 19 January 2018

Parti Amanah (Pan) Ugut ahli yang nak boikot dan rosakkan kertas undi dengan akta seksyen 123b Kanun Keseksaan


Alhamdulillah, selepas memberi kejutan minda kepada anak-anak muda di kalangan para pengundi negara; saya mendapat banyak respon.

Pada hari ini, saya kira saya perlu rumuskan 6 perkara atau prinsip penting berikut:

1. Mensia-siakan kuasa memilih pemimpin dalam sistem demokrasi adalah sangat merugikan. Melaksanakan tanggungjawab mengundi adalah tanda kebertanggungjawaban kita.

2. Jikapun kita tidak berpuas hati dengan dasar mana-mana parti politik, sikap terpuji adalah dengan menegur, bertanya dan bersikap ambil tahu. Inilah tanda prihatin dan peduli seorang anak muda kepada negara.

3. Merosakkan kertas undi mungkin pilihan bagi anda, tetapi ia bermakna menyerahkan urusan penentuan pemimpin negara kepada 'nasib' sedang rakyat yang susah dan terbiar menanti-nanti pemilihan pemimpin yang berwibawa.

4. Dalam apa keadaan pun, anak muda Malaysia perlu membuat keputusan daripada opsyen-opsyen yang ada, paling tidak merekalah yang menjadi opsyen ketiga.

5. Seksyen 124B Kanun Keseksaan menyatakan, sesiapa yang terlibat dalam aktiviti yang membahayakan/merosakkan demokrasi adalah terlibat dalam jenayah yang boleh dihukum sehingga 20 tahun penjara. Apakah kempen merosakkan undi termasuk dalam definisi 124B Kanun Keseksaan tersebut?

6. Sebarang campur tangan penguatkuasa undang-undang seperti PDRM dalam kebebasan untuk berkempen agar orang tidak keluar mengundi atau merosakkan kertas undi, adalah pilihan terakhir sekiranya terjadi sesuatu yang benar-benar boleh mengancam negara.

TERIMA KASIH & TAHNIAH DARIPADA SAYA

Saya mengucapkan terima kasih kepada semua anak muda dan saya tidak rasa malu untuk memohon kemaafan kepada mereka, jika ada yang rasa tercabar malah tersinggung dengan posting saya sebelum ini.

Sekurang-kurangnya anak-anak muda menyemak kembali kompas masing-masing dan mereka sama sekali tidak akan merosakkan kuasa memilih atau mensia-siakannya dengan cara yang tidak menguntungkan negara.

Saya yakin anak muda Malaysia adalah agen perubahan yang sanggup terlibat dalam pembangunan semula negara ini dan tidak akan meninggalkan medan perjuangan ini.

Kami sentiasa bersedia untuk duduk bersama anda berbincang, memahami aspirasi Generasi Y dan Z, malahan berhujjah dalam apa jua isu demi kepentingan masa hadapan anda, anak-anak kami jua.

Tahniah dan Tahniah sekali lagi. Saya berbangga dengan ketegasan anda semua, wahai anak-anak muda yang saya sayangi

HASANUDDIN MOHD YUNUS
Naib Presiden
Parti AMANAH Negara


XOXO - Biasalah Hasunuddin orang yang mengkhianati perjuangan Islam akan dikhianati oleh rakan dan ahli sendiri.

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

No comments:

Post a Comment