Thursday 18 January 2018

Hanya rekaan untuk jatuhkan Pas


KOTA BHARU - Dakwaan berlaku pakatan bahawa BN sudah menyerahkan Kelantan kepada Pas dalam PRU14 hanya rekaan musuh yang mahu menjatuhkan Pas.

Setiausaha Pas negeri, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, mulut musuh-musuh parti itu akan terus menyerang Pas bertujuan menumbangkan kerajaan itu di Kelantan.

"Kami tidak pernah dengar satu kenyataan atau bayangan sekali pun daripada pemimpin Pas sendiri, atau dari mulut presiden sama ada secara terus, atau secara kiasan bahawa adanya pakatan ini.

"Kenyataan-kenyataan ini keluar dari mulut musuh Pas yang kononnya presiden yang kata. Semua ini dilakukan musuh Pas, nak percaya tidak, itu  terpulang," katanya pada sidang media di Kompleks Kota Darul Naim, di sini, hari ini.

Semalam, Ahli Majlis Pemimpin Tertinggi Bersatu, Datuk A Kadir Jasin menerusi blog rasminya mendakwa Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak dikatakan membuat perbincangan sulit dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk membenarkan Pas terus menguasai Kelantan pada pilihan raya umum akan datang.

Dalam pada itu, Che Abdullah berkata, Amanah pula tidak berbuat apa-apa bagi menghalang usaha Umno merampas negeri ini daripada Pas.
"Apa yang mereka buat, sering mempertikaikan kesungguhan Pas melawan Umno, malah seolah-olah  berperanan membantu Umno menang di Kelantan.

"Contoh pada hari ini, berlaku rayuan di Tumpat mengenai daftar pemilih, yang Pas daftar, Umno bantah, yang Umno daftar, Pas bantah, tetapi Amanah tidak bantah apa-apa. Pas sahaja yang  berlawan dengan Umno," katanya.

Beliau turut mendakwa Amanah berkomplot dengan Umno dan sememangnya mahu melihat kejatuhan Pas.

"Dalam perbicaraan persempadanan semula di negeri ini, kita sertai dan buat bantahan mana-mana taktikal yang beri kelebihan kepada Umno, tetapi Amanah tidak bantah. Mereka ini (Amanah) memang setuju Umno menang dan nak tengok kekalahan Pas," katanya.




XOXO - Apabila mereka tak berjaya menguasai PAS dalam usaha nak jatuhkan Najib, mereka mula menyebar fitnah kepada PAS. Usaha ini diterajui oleh Bersatu melalui Kadir Jasin.

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

1 comment:

  1. sekarang ni ... Sep 2018.Aper citer?
    Dah UG ker belum?

    ReplyDelete