Sunday 21 January 2018

Mahathir Sudah “Murtad” kata Penulis DAP Dalam Roketkini...


Terkejut saya bila membaca tulisan editor akhbar rasmi DAP, Roketkini, Izmil Amri Ismail, bertajuk “Mahu Menang Bersama Dr Mahathir, Atau Tewas Di Tangan Najib?” pada 19 Januari 2018 yang menyebut “Dr Mahathir sudah murtad daripada perjuangan Umno yang dibinanya selama puluhan tahun” dan mengibaratkan penyertaan Tun Dr Mahathir Mohamad ke dalam Pakatan Harapan seperti “Pope masuk Islam” kerana kedua-dua pernyataan ini, iaitu “murtad” dan “Pope masuk Islam”, seringkali dikaitkan dengan konotasi keagamaan.

Menyebut “Dr Mahathir sudah murtad daripada perjuangan Umno yang dibinanya selama puluhan tahun” dan mengibaratkan penyertaan Tun Dr Mahathir Mohamad ke dalam Pakatan Harapan seperti “Pope masuk Islam” adalah satu perbuatan yang sangat tidak sensitif oleh akhbar rasmi DAP ini.

Begitu juga dengan rumusan Izmil Amri di dalam tulisannya itu yang berbunyi: “Maka pilihannya mudah sahaja. Tidak ada lain, kita mesti menang. Rakyat mesti menang. Dan kalau kemenangan itu diusung mantan diktator tua, si mahafiraun yang kita benci; apakah kita akan menangguhkan kemenangan sekali lagi, dan membiarkan rejim terus ketawa untuk seribu tahun lagi?”

Bila akhbar rasmi DAP sendiri menyifatkan Tun Dr Mahathir sebagai “mantan diktator tua” dan “si mahafiraun yang kita benci” maka jelaslah betapa sangat hinanya Tun Dr Mahathir di mata DAP dan betapa DAP sebenarnya hanya mahu mempergunakan Tun Dr Mahathir sebagai alat yang terpaksa digunakan untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, sahaja.

Dengan penghinaan sebegini teruk yang ditunjukkan oleh DAP terhadap Tun Dr Mahathir ini, tidak sukar untuk diagak ke mana Tun Dr Mahathir akan dilemparkan nanti setelah DAP mencapai hajat yang ia mahukan dari beliau.

FB
Dr Kamarul Yusoff

XOXO - Mahathir kini menjadi "maskot" baru DAP menganti burung burung kenyalang "Pahlawan Ubah". Kesian orang tua itu.. 

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

No comments:

Post a Comment