80 ahli PKR Gua Musang sertai PAS
KOTA BHARU: Ketika Umno dan Barisan
Nasional (BN) mengimpikan mahu menawan Kelantan, hari ini 80 orang pula
pemimpin dan penyokong PKR menyertai PAS.
Kumpulan terbabit diketuai bekas penyelia Dun Nengiri, Syed Azhar Syed Alwi. (Foto atas: Syed Azhar menyerah borang menyertai PAS.)
Beliau bersama 80 ahli dan kepimpinan PKR Cabang Gua Musang menyerah
borang menyertai PAS kepada Yang Dipertua PAS Gua Musang, Ustaz Azman
Ahmad.
Hadir sama pada program bersejarah di JKR 10 petang ini Pesuruhjaya
PAS Kelantan, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakub, Setiausaha
Perhubungan PAS negeri, Dato’ Che Abdullah Mat.
Syed Azhar juga Timbalan Ketua Cabang PKR Gua Musang. – HARAKAHDAILY 27/3/2018
No comments:
Post a Comment