Tuesday 8 August 2017

Perlu RCI siasat skandal 1MDB


PAS menegaskan sekali lagi agar Suruhanjaya Diraja (RCI) diwujudkan segera bagi menyiasat kemelut perjalanan syarikat 1MDB selama ini yang mendatangkan masalah kepada negara.

Timbalan Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, penegasan agar RCI ini diwujudkan telah disebutkan oleh Presiden PAS,  Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sejak tahun 2015 lagi.

Tuan Ibrahim berkata demikian semasa sidang medianya di Hotel De Palma Ampang,  dekat sini hari ini selepas sesi meja bulat bersama wakil 1MDB,  Arul Kanda dan beberapa pimpinan yang lain.

Hadir sama, Naib Presiden, Ustaz Idris Ahmad, Setiausaha Agung, Datuk Takiyudin Hassan, Ketua Penerangan, Ustaz Nasrudin Hassan dan CEO Harakah, Zainal Abidin Kidam.

Kata beliau pertemuan berjalan dengan baik dan PAS juga mengingatkan agar 1MDB membayar hutang hutangnya mengikut pelan rasionalisasi agar tidak terus dibelenggu dengan bunga yang tinggi yang mencapai RM1.9 bilion setahun

5 comments:

  1. PAS menegaskan sekali lagi agar Suruhanjaya Diraja (RCI) diwujudkan segera bagi menyiasat kemelut perjalanan syarikat 1MDB selama ini yang mendatangkan masalah kepada negara. Tapi mau ke najisb tubuh rci tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib blh tubuh j/k rci tu tapi ianya akan jadi macam sprm, pdrm dan mahkamah le. Semua masuk berpihak kpd najib jugak ha ha...

      Delete
  2. Salam admin.. harap dapat dipautkan www.my-fokus.com ke halaman tuan..

    ReplyDelete
  3. Terima kasih admin memasukan pautan kedua2 blog saya http://kapas-marang.blogspot.my dan http://rhurendangkita.blogspot.my. Dan blog admin juga telah saya paparkan didalam kedua-dua blog. Terima kasih sekali lagi.

    ReplyDelete
  4. Knapa tak sound je dalam dewan,,

    ReplyDelete